Asal-Usul Peribahasa "Gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang lautan nampak."

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari saya hendak berkongsi mengenai bagaimana peribahasa "Gajah di hadapan mata tak nampak, kuman di seberang lautan nampak." Kebiasaannya peribahasa dicipta oleh masyarakat terdahulu atas faktor-faktor tertentu seperti hasil kepercayaan mereka terhadap sesuatu kuasa ataupun dibuat berdasarkan kepada cerita yang masyhur pada zaman dahulu kala.

Tetapi untuk peribahasa "Gajah di hadapan mata tak nampak, kuman di seberang lautan nampak" masyarakat zaman dahulu mencipta peribahasa ini adalah sebagai kiasan mereka bagi menggambarkan dan menunjukkan perbandingan yang nyata. Sebagai contoh, gajah merujuk kepada haiwan yang paling besar di atas daratan dan kehadiran mereka di hadapan manusia sudah tentulah akan jelas berbanding dengan kehadiran kuman yang tidak boleh nampak dengan mata kasar. Jadi, masyarakat zaman dahulu kala menggunakan gajah sebagai simbol untuk memerli sikap sesetengah orang yang suka memandang masalah yang lebih kecil berbanding dengan masalah besar yang berlaku di hadapan mata.

Sekian sahaja, perkongsian saya untuk hari ini. Sekian, terima kasih.

Comments

Post a Comment

Popular Posts