Live Your Life

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

memandangkan ini entri pertama inchebos, jadi saya masih kekurangan idea untuk dijadikan bahan.

Jadi, memandangkan tak ada idea, inchebos nak throwback life inchebos masa di zaman sekolah. Saya dulu sekolah agama dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5.


ya, orang pandang saya sebagai ustaz, hafal quran, tak pernah miss solat jemaah, pakai kopiah

tapi, itu cara orang pandang saya.

berbeza dengan cara saya pandang diri saya sendiri. Yes, kita yang lebih tahu.



Jadi, saya nak pesan pada anda semua, sebaik mana pun pandangan umat manusia pada korang semua, jangan sampai bongkak ke langit. Dan, seburuk mana pun pandangan manusia pada anda semua, jangan terlalu menunduk sampai menyembah bumi.

Hidup sebagaimana anda mahu hidup.

Itu saja pesanan  saya, selamat hidup.

yang benar,

inchebos

Comments

Popular Posts