"Pembela Hamburger"

Assalamualaikum dan selamat malam.

 Jadi, hari ini saya nak berkongsi dengan apa yang saya jumpa.

Video ini telah dikongsi oleh page FB Daily Mail yang mendapat 2.3 juta tontonan. Jadi, video ini mengenai satu sosial eksperimen yang dilakukan oleh sebuah persatuan. Tujuan utamanya hanyalah nak cipta kesedaran terhadap orang awam mengenai buli.





Ya, bunyi mungkin terlalu dominan. Saya tak nafi, sudah terlalu banyak kempen kesedaran mengenai buli tapi mungkin keberkesanannya masih di tahap yang memuaskan sahaja.

Okay, kembali pada tajuk,:

Sosial ekperimen ini dijalankan dalam bentuk "prank" dan kamera tersembunyi. 

Ya, dengan kamera tersembunyi  kita boleh tahu hati budi seseorang. Mangsa "prank" tersebut dihidangkan dengan hamburger yang sudah dilenyekkan oleh krew dan pada masa yang sama juga mereka "dihidangkan" dengan situasi seorang budak dibuli oleh sekumpulan remaja.

Ya,tujuannya adalah untuk melihat, kepekaan mereka terhadap situasi sekeliling lebih tinggi atau mereka sudah terlalu asyik dengan "hamburger" .






Hasilnya agak mengejutkan. Ramai yang lebih prihatin terhadap nasib "hamburger" daripada nasib si budak lelaki tersebut.

Jadi, apa yang saya boleh simpulkan, buli sudah menjadi norma. 

Ya, sebagaimana makan dan minum itu adalah norma, buli juga norma pada sesetengah 
"pembela hamburger".

kepada yang nak lihat "si pembela hamburger" klik sini :
https://www.facebook.com/DailyMail/videos/1510212302393018/

itu saja, pesanan perkongsian saya malam ni.

inchebos

Comments

Popular Posts