Review Filem: Dont Breathe

Assalamualaikum dan selamat malam.

Hari ini saya nak buat review filem. Jadi, memandangkan saya suka filem bergenre kekeluargaan dan thriller, saya berminat nak review filem ini : Dont Breathe


Tengok poster tak cukup thrill, kena tengok baru terasa.

Pendek kata, cerita ini mengisahkan  3 orang remaja iaitu Rocky, Alex dan Money yang cuba pecah masuk sebuah rumah yang didiami oleh seorang bekas tentera yang buta. 

Ternyata, mereka telah tersilap percaturan. Siapa sangka benda yang mereka rasakan paling mudah akan menjadi sukar buat mereka, Lelaki buta tersebut bukan sembarangan orang, dia mempunyai kemahiran dan juga kuat dan mereka  tidak dapat keluar dari rumah lelaki buta itu dengan mudah. 

Di akhir cerita, rupanya-rupanya lelaki buta tersebut merupakan seorang pembunuh. So, siapa sangka daripada rancangan asal hanyalah untuk merompak, rupanya-rupanya membawa kepada satu pembongkaran kes pembunuhan.

Nak tahu lebih lanjut, kena tengok cerita ini. Rate 9.5/10.

Jalan cerita filem ini memang best walaupun 95% daripada scene hanya berlaku dalam rumah tapi kepandaian pengarah memang terbaik ditambah dengan adegan suspen dan twist plot yang tak disangka penonton.

Itu saja review saya, kepada sesiapa yang baru nak follow thriller movie, saya cadangkan filem ini.

Sekian,

inchebos

Comments

Popular Posts