"Diam"

Dalam diamnya diriku adalah diam yang bermakna,
Kecohnya diriku adalah kecoh tanpa makna.

Assalamualaikum dan selamat malam dunia,

Nikmat untuk berbicara merupakan nikmat yang amat besar yang dikurniakan oleh tuhan kepada manusia kerana dengan berbicara, manusia mampu melakukan apa sahaja. Maka kerana itulah, berbicara juga harus ada batasannya. Hal ini kerana, setiapa apa yang dituturkan oleh manusia akan dipersoalkan oleh tuhan di akhirat kelak. 

Terdapat hadis daripada Nabi Muhammad yang menegaskan bahawa perkataan yang baik itu adalah utama daripada berdiam dan berdiam itu lebih utama dari berkata buruk. Sungguhpun begitu, dalam berdiam ianya boleh menjadi emas tetapi boleh juga menjadi masalah. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana kita menguruskannya. 

Lagi satu, kita tidak boleh mengambil kesempatan di atas sikap diam seseorang kerana jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Mereka berdiam kerana bersebab maka kita jangan secara semberono mengambil kesempatan di atas sikap diam seseorang itu.

Itu sahaja daripada saya,

Terima kasih, selamat malam.

Comments

Popular Posts